Wednesday 29 April 2015

Poster Membaca..mission completed !



Alhamdulillah, mama happy sangat malamni sebab anak syurga mama yang sorang ni dah berjaya abis membaca kesemua 11 poster ni. Lama jugak sebenarnya dia nak abiskan 11 poster ni. Seingat saya, poster pertama saya tampal bulan 11, sekarang bulan 4..erm 5 bulan jgk la dia boleh membaca 11 poster ni. Takpela, biar lambat asal selamat kan.

Lately dia makin rajin membaca. Sebab dia ada push factor yang baru hehe. Mama janji kalo dia abiskan buku 6 mama nak bagi robocar Helly. So dia dah dapat reward nya. Malam ni dia start membaca buku 7. Abis buku 7 nanti mama akan bagi robocar Poli, kalo abis buku 8 mama akan bagi robocar Roy plak.









Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 



Kebaikan Kaedah Fonik Berbanding Kaedah Lain




Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja. Mengapa begitu mudah?

1. Mengikut tabii

Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu. Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik, konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang diajar. Logik, dan mengikut tabii. Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja, menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.

2. Mudah

Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat 31 bunyi sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca 'sejuta' perkataan. Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam kaedah mengeja atau suku kata yang banyak dan mengelirukan.

3. Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris

Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka sayugialah kaedah ini serasi untuk kedua-dua bahasa. Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa Melayu adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan kaedah gabung bunyi ini. 








Kini ramai kanak-kanak yang telah membaca di dalam bahasa Melayu menggunakan buku Bacalah Anakku dengan mudah membaca dalam bahasa Inggeris menggunakan buku ReadEasy. Anak anda tidak akan dapat membaca bahasa Inggeris dengan mudah jika mereka diajar mengeja-eja dan menghafal suku kata di dalam bahasa Melayu.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 



Kanak-kanak fonik boleh menulis ke?


Seringkali soalan ini ditanyakan terutamanya di kalangan pendidik. Kajian-kajian yang dibuat oleh Dr Dale Williams dari University of Toronto telah membuktikan bahawa mengajar membaca berdasarkan kaedah fonetik secara sistematik adalah lebih baik untuk membaca, mengeja dan menulis karangan awal.

Apa tidaknya kerana apabila kanak-kanak ini diajar menyebut bunyi, mereka akan ditunjukkan simbol yang berkaitan. Secara tidak langsung mereka memang kenal simbol tersebut. Bagi kanak-kanak yang baik pengamatannya dan sudah pandai memegang pensil sudah tentu dapat menulis simbol-simbol yang disebutkan bunyinya. 

Sumber : Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal



Saya sendiri galakkan Rayyan menulis semula apa yang dia sebut. Pada mulanya dia cuma menulis suku kata pendek, lama kelamaan dia sudah boleh membina ayat pendek yang kita sebut, walaupun dia belum boleh membaca dengan lancar. 








Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 





Tuesday 28 April 2015

Model poster membaca mama


Poster membaca Bacalah Anakku memang antara produk yang laris saya jual. Dengan saiznya yang besar, memang dapat menarik minat anak2 membaca. Poster ni memang mengikut silibus Buku Bacalah Anakku. 

Saya tampal poster ni kat tempat yang selalu Rayyan lalu dan tengok. Tapi sebenarnya rumah saya yang kecik haha terpaksa la tampal kat dapur ye. Tapi bagus jugak sebab dalam 1 hari tak tau lah berapa kali sehari dia ke dapur kan. 

Rayyan happy sebab dah berjaya membaca poster ke 10 . Poster ke 10 ni mengikut buku 6 Bacalah Anakku. Tinggal 1 je lagi poster yang lom lepas. Nak tampal kat mana ntah nanti

Adik dia pun sibuk nak jadi model jugak

Kalo nak tahu detail pasal poster ni bolehla jenguk2 link ni ye 

Comfirm anak suka tau kalo dapat poster besar ni. Memang lagi rajin la dia duk menghadap benda ni. Anak saya yang kecik pun minat poster ni especially poster ke 6 tu sebab ada gambar kuda.







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 





Jom kenal nombor sayang




Ada ibu-ibu yang merungut anak masih belum kenal nombor. Sama la dulu pun saya risau bila anak selalu tertukar nombor. Especially nombor 5-10. Macam-macamla aktiviti yang mama nak kena buat nak bagi dia biasa dengan nombor.


Ni salah satu aktiviti yang saya buat untuk Rayyan supaya kenal nombor. Saya print banyak2 nombor dan gunting. Pastu suruh dia tampal mengikut bahagian nombor yang ditetapkan. Bila dah siap mama bagi reward STAR kat dia..yeayy...

Aktiviti lain yang boleh kita buat dengan anak-anak :







Apa pun aktiviti yang kita buat dengan anak, make sure anak happy dengan aktiviti tu dan bukan buat dengan terpaksa.





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 





Sunday 26 April 2015

Biasakan anak untuk menulis


Tiap kali mengajar anak membaca, galakkan anak untuk menulis semula apa yang dia baca. 
Ini boleh menambahkan lagi kemahiran anak menguasai suku kata yang dibaca. 

Tulis semula mengikut poster membaca



Ni masa mula2 saya praktis kan Rayyan untuk menulis. 
Dia boleh eja nama mama dan adik dia, tapi tak reti nak eja nama papa (Khairul) sebab belum belajar lagi haha. Kalo suruh sebut pun dia sebut 'carrot'.




Ini salah satu hasil kerja Rayyan. Macam ni rupanya keluarga Rayyan haha.
Takpela, asalkan dia buat benda yang berfaedah setiap malam.
Jangan kritik apa yang anak buat, puji la dengan apa yang dia berjaya buat.




Ini pula kisah mata papa. 
Fikirkan cara kreatif supaya Rayyan mahu belajar setiap malam.
Lepas ni boleh suruh dia lukis benda lain plak dan suruh buat ayat2 yang simple je. 
Secara tak langsung dia boleh berlatih membina ayat dan membuat karangan pendek.







Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 





Rayyan's Corner


Petang ni santai2 sempat berblogging. Nak share Rayyan's Corner special mama buat untuk Rayyan. Yang paling best bila dia tengok je dia terus cakap 'Terima Kasih Mama'. Tu tandanya dia dah tahu menghargai sesuatu. Alhamdulillah sampai ke hari ni belum bersepah lagi. Kita tengokla pas ni camna. Tapi yang pasti setiap hari adik dia akan kutip beberapa buku yang dia suka dan sepahkan kat luar. 


Sebelum ni buku dia bersepah-sepah kat mana-mana, memang tak tersusun. Bila dah susun camni baru nampak buku kategori mana yang dia ada banyak. 
Yang bawah sekali tu ada Smart Pen Upin&Ipin, flash card dalam tipuware, abacus comel dan set Grolier. Tingkat tengah plah belah kiri tu sume buku cerita dan Junior dictionary. Belah kanan plak exercise book & activities book (math, english, bm, science). Yang atas sekali plak belah kanan tu buku untuk adik dia termasuk mini siri ensiklopedia dan flash card. Belah kanan tu plak iqra, set bacalah anakku & ReadEasy Rayyan. Waaahh panjang lebar plak bercerita haha..



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 





Friday 24 April 2015

Luangkan masa untuk anak





Ramai yang bertanya mcm mana rayyan boleh duduk dan belajar setiap malam
Kita yang tentukan apa yang anak kena buat setiap malam
Tapi biar anak yang tentukan bahagian mana yang dia nak buat
Kadang2 rayyan nak membaca sahaja, kadang2 menulis je, kadang2 mengaji je
Kadang2 semua dia buat sekaligus - baca,tulis,mengaji dan mengira
So jangan halang, kita cuma tunggu sampai abis
Yang penting pinjamkan masa kita untuk anak kita, setengah jam je pun setiap malam

Ramai yang mengadu tak sempat mengajar anak sebab anak yang lain yang kecik ada
Saya pun ada anak yang kecik
Cuma kita perlukan kerjasama dari pasangan juga
Semasa saya mengajar rayyan, adik dia bermain dengan papa
Kadang2 adik dia bermain dengan flash card atau tengok buku cerita yang dia suka
Apa pun kita kena pandai tackle anak2 kita

Nak seribu dalih ye...
Bayangkan betapa berbunganya hati bila anak syurga membaca hasil tunjuk ajar kita sendiri
Mama adalah cikgu dia




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 

 Hubungi saya - Puan Farida 
Call/Sms/whatsapp  019.9425608 



Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015