Monday 8 August 2016

Aktiviti Pengukuhan Fonik a, i , dan u


Bagi anak-anak yang dah sikit-sikit mengenal a, i dan u, bolehla mummies sume buat latihan pengukuhan ye. 






Untuk aktiviti pengukuhan, boleh tunjukkan bunyi a, i dan u. 
Ulang balik bagaimana hendak membunyikan setiap satu huruf itu. 

Contohnya:

* Buka mulut besar bunyinya /a/ aaaaaa
* Senyum bunyinya /i/ iiiii
* Muncungkan mulut bunyinya /u/ uuuuu




Kemudian biar anak tunjuk dengan jari kelingking bunyi-bunyi huruf di atas.
Berulang-ulang kali sehingga anak itu betul-betul mengenal setiap bunyi huruf itu dan bukannya menghafal bunyi-bunyi huruf tersebut.

Boleh juga menggunakan kad imbasan untuk aktiviti pengukuhan ini.
Tunjukkan berulang kali sehingga anak-anak boleh mengenali kesemua bunyi-bunyi huruf a, i dan u tersebut. 





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608




Saturday 6 August 2016

Seronoknya Kad Imbas Magik Ni




"Sejak ada kad magik ni rajin betul dia menulis. Lepas tulis, lap dengan tisu je tuk padam balik. Lepas tu boleh tulis lagi. Makin kerap tulis, makin cantik tulisan dia. Kalo dulu pakai buku biasa, dah habis tulis dah tak boleh pakai lagi dah, membazir. Bagus betullah ada kad imbas macam ni, boleh pakai lama."


Kad imbas jawi ada 18 kad

Kad imbas nombor ada 16 kad

Kad imbas abc ada 25 kad

Saiz : 125mm x 87mm



Apa yang best sangat dengan Kad Imbas Magik ni ?

>> BELAJAR MENULIS

Kad ni boleh tulis guna whiteboard marker. Free tau dengan setiap pembelian. Lepas tu boleh lap pakai tisu je. Konsep sama macam whiteboard lah. Jadi anak-anak boleh belajar menulis berulang kali. Anak-anak saya memang suka tulis lepas tu lap balik, dan tulis semula. 

>> BELAJAR ABC, NOMBOR DAN ALIF BA TA

Tak perlu susah-susah nak cari lain, dalam pakej ni dah lengkap untuk anak-anak belajar abjad, nombor dan alif ba ta. 

>> KAD TEBAL DAN KERAS

Kad tahan lama, tak mudah rosak. Kalo simpan elok-elok anak-anak selepas tu pun boleh pakai lagi. Anak saya yang ke-2 ni pun guna kad yang abang dia punya dulu-dulu tau. Cuma marker je la dah abes ink :)

>> WARNA-WARNI

Selain belajar menulis, boleh belajar mengenal warna sekali. Lagi pun anak-anak kan suka yang warna-warni. Bila suka, takdelah dia jemu kan. Semua kad bercetak depan dan belakang. 

>> KALIS AIR

Permukaan kad ni glossy ye. So kalo setakat kena sedikit air tu boleh lap je. 









Harga : RM32
Tidak termasuk postage






Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Langkah Asas Mengajar Bunyi


Langkah-langkah ini adalah langkah mula nak ajar anak fonik ye. Saya copy dari buku Permainan Kreatif yang ditulis oleh penulis buku Bacalah Anakku. Dah diajar step-by-step, siap dengan dialognya lagi. Tinggal kita je nak apply atau tak. 




Langkah 1 - Perkenalkan Bunyi

a) Dapatkan perhatian anak

"Adik, hari ini kita akan belajar satu bunyi baru. Nak dengar tak ?"

b) Sebut bunyi beberapa kali, 4-6 kali dengan jelas

"Dengar baik-baik ye, tengok ni mulut mama."

c) Tanya anak bunyi yang didengar.

"Adik, bunyi apa yang adik dengar tadi ?"


Langkah 2 - Berlatih Menyebut Bunyi

a) Sebut bunyi bersama ibu sebanyak 5 kali

"Adik, jom kita sebut sama-sama nak tak?"

b) Ulang lagi tetapi ibu tidak menyebutnya

"Bagus, boleh sebut 5 kali lagi.."


Langkah 3 - Perkenalkan Simbol Bagi Bunyi Yang Diajar

a) Tunjukkan simbol dan mengulangi sebutannya sehingga mantap dan puas hati

"Adik, inilah bunyi...?"

"Bunyi apa ini ?"

"Cuba sebut bunyi ini 5 kali"


Langkah 4 - Aksi asosiasi

Contoh teknik asosiasi:

Jika ajarkan 'a' buat aksi terkena api atau benda yang panas sambil menyebut "aaaaa".

Jika ajarkan 'i' buat aksi geli apabila menggeletek pinggang atau bahagian badan yang lain sambil menyebut "iiiii" gelinya.

Jika ajarkan 'u' buat aksi jari berjalan di atas tangan sambil menyebut bunyi "uuuu" ulat.


Senang tak? Menarik tak? Jom try dengan anak-anak.




Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608






Ilan Waizz dan Fonik


Salam mummies sume..
Hari ni rajin sikit nak share aktiviti anak saya yang ke-2, Ilan Waizz. Sekarang 2 tahun 8 bulan. Saja je cuba2 fonik kat dia, bagi dia biasa. Tapi tak memaksa. Kalo dia taknak takpe. Tapi so far dia rajin dan berminat. So mama on je la. 

Hopefully yang  baca entry ni dah tau apa itu fonik ye. Kalo belum tau bolehla search kat tepi link yang ada tu. Parents yang nak try fonik memang kena tau ye, kena rajin search, kena rajin tengok UTube. Sebabnya kalo nak cerita memang susah tau, sebab melibatkan sound. How to pronounce the alphabet. Sebab fonik ni kena sebut dengan betul. Tak perlu kenal huruf. Haa? Camna tu ? Tu la mummies sume kena search dulu ye. 

Pengalaman dengan anak pertama saya, Rizq Rayyan dengan fonik sangat pantas, tak sempat nak rakam ke nak snap pictures aktiviti ke apa. Tapi ada la jugak gambar-gambar berkaitan cuma tak banyak. Sebab saya bermula lambat. Saya bermula ketika umur dia masuk 4 tahun, memang betul-betul pada bulan dia mencecah 4 tahun. So memang pada tahap tu anak sangat cepat belajar sebab otak dah betul-betul ready nak belajar. Jadi pembelajaran dengan dia sangat cepat berlaku. Alhamdulillah dia lancar membaca pada umur 5 tahun. 

So kali ni saya nak try kat anak yang ke-2, so kena simpan pictures and video yang berkaitanla. Saya juga dalam usaha menghasilkan e-book untuk anak-anak membaca, Insyaallah.

Nak ajar fonik ni bukan setakat membaca ye. Kena kreatif buat macam-macam aktiviti. Terpulangla pada mummies nak buat apa, asalkan anak-anak suka. Ilan dah biasa dengan beberapa page Buku Bacalah Anakku, jadi tak jadi masalah bila mama tunjuk dia dah boleh sebut. Dia pun dah boleh bezakan mana a, i, dan u. Bukan huruf ye, tapi bunyi. Tengok mulut dia tu, nampak kan dia sebut "aaaa" instead of "ei".

Ilan boleh menyebut bunyi dengan betul apabila ditunjuk 'a'

Jangan ajar banyak sangat tau sekali sesi, cukuplah 10 minit. Tapi selang selikan dengan aktiviti-aktiviti lain. So saya bagi dia aktiviti sorting a, i dan u. Tulis tangan je pun huruf-huruf tu hehe. Takpelah asalkan dia minat nak buat kan. Aktiviti berjalan dengan lancar tanpa disepah-sepahkan kertas tu. 

Kesibukan dia sorting kertas tu



Mummies pun kena bagi anak-anak aktiviti menulis tau. Kalo belajar a, i dan u, bagi dia belajar tulis benda yang sama la. Bagi dia lagi ingat kan. Macam kita la jugak, kalo belajar dengar je mesti lambat ingat. Kalo salin nota kan lagi cepat masuk kan. So saya bagi dia Kad Imbas Magik ni. Apa yang magik ? Sebab boleh tulis pastu padam.Taraa...memang magikla bagi anak-anak kecil kan. Selain ajar menulis, kad ni boleh tambah lagi fokus dia ye, sebab ye la nak kena fokus mata tu nak tengok line, pada masa yang sama control tangan jangan terkeluar landasan plak. 


Nampak tak dia sedang fokus tu


Haa...yang ni apa plak? Yang ni bukan aktiviti fonik ye, saja je dia mintak pen sebab nak tulis 'satu' katanya. Kita layan....




Korang nak tengok video tak? Meh tekan link ni, terus ke page facebook saya. 



Nak lagi info tentang fonik ? Klik sini





Nanti free kita share lagi ye tentang fonik & aktiviti anak-anak saya ni.



Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608






Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015