Friday 13 January 2017

Jom Belajar Preposition


Preposition..apa tu? Untuk anak kecil mungkin belum tahu. Tapi anak tahu bila kita sebut ON, IN, Under dan sebagainya. Saya pun mula mencari cara yang paling mudah nak perkenalkan preposition untuk anak. Ni pun idea dari cik google. Tapi dah lupa daripada blog mana saya ceduk idea ni.






Saya guna je apa yang ada kat rumah. Kalo boleh barang yang anak suka. Kali ni saya guna spiderman dan cup kosong je. So letak la spiderman tu mengikut preposition yang kita nak.



Pastu bolehla suruh dia letak sendiri plak spiderman tu bila kita sebut. Ulang dan ulang sampai dia ingat. Kalo dah ok boleh juga buat latihan macam kat bawah ni ye. Masa ni umur Rayyan 6 tahun. 





Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Nota Kasih Sayang Dalam Bekal Anak

Tahun 2017 dah bermula. Sesi sekolah pun bermula lah. Maka nya mak-mak bz lah nak sediakan makanan dan bekal untuk anak. Tahun ni juga anakanda Rayyan dah masuk darjah 1. Dah besar pun dia kan. But always be my baby (^_^)

Sebelum ni selalu lah duk tengok kat fb mak-mak sediakan bento. Tak minat pun sebenarnya nak buat. Sebab memang terkejar-kejar waktu pagi nak sediakan, dan nak deco bagai. Tapi bila anak dah sekolah, kesian la plak kalo tak sempat nak makan. Rayyan ni plak waktu rehat 2 kali sebab balik sekolah jam 3.30 petang. Biasanya sebelah petang dia tak nak makan nasi. Sebelah pagi mujurlah dia beli makanan berat kat kantin, so takdelah lapar sangat tengah hari. 

Saya biasakan sediakan bekal roti atau apa-apa yang simple je untuk tengah hari. Tapi ada juga dia tak makan sebab dia beli nasi kat kantin. Tapi odw balik sekolah dia akan makan bekal dia dalam kete. Walaupun simple, mama sediakan nota kasih sayang untuk dia. Anys simple sentence yang dia senang baca dan ingat. Tapi saya takdelah nak deco cam orang lain tu. Memang comfirm tak sempat.

1st daya saya buat, balik sekolah dia citer tentang nota cinta saya dan kawan-kawan dia pun baca. 
Hari kedua, dia mintak lagi bekal simple macam semalam. So mama yang malas ni sediakan jugak yang simple-simple tu. Jadi lah nama dia bekalsimplemalasmama ahaksss..









Masuk minggu ke-3 sekolah, dia mula minta 2 bekal untuk dibawa ke sekolah.
Jeng jeng jeng...
Sempatke mama ni ?
Owh tunggu saya update kemudian hehe


Walau apa pun, yang penting kasih sayang untuk anak-anak dan buat dia tahu kita ni sentiasa sayangkan dia. 

Selamat berbento u olls..


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608


Wednesday 4 January 2017

Supplemen untuk kanak-kanak, perlukah?

Anak anda perlukan supplemen? Korang rasa ? Kalo anak takde masalah untuk makan makanan yang kaya dengan nutrien, maybe takyah la bagi supplemen. Tapi, ye la zaman sekarang ni kan , ada lagi ke ibu bapa yang tak pernah berikan anak mereka makan makanan segera? Agak mustahil, bukan ?

Bijirin penuh, buah-buahan dan syur-sayuran - tiga jenis makanan ini perlu diambil oleh anak setiap hari. Tapi , takde la semua ibu bapa dapat mematuhi gaya pemakanan sihat ini kan. Saya sendiri pun takde la setiap hari patuh pun haha.  Sama ada kita sedar atau tidak,gaya hidup pada zaman kini cukup berbeza dengan zaman dahulu. Kanak-kanak kini terdedah kepada pelbagai jenis makanan terutama makanan ringan dan makanan segera. Banyak sangat pengaruh iklan pun satu hal kan. Walaupun ada ibu yang memasak di rumah, tapi mereka masih tidak lari daripada memilih bahan-bahan segera kan, macam makanan di dalam tin, pek segera atau macam-macam lagi lah makanan yang diawet. Erm...sudahnya penyediaan makanan untuk kanak-kanak sekarang ni agak rumit dan mencabar. Jadi, ramai ibu bapa pada masa kini memilih untuk mengambil suplemen kesihatan untuk kanak-kanak dengan harapan anak mereka mendapat zat dan nutrisi yang penting untuk perkembangan kanak-kanak.

Anak-anak saya pun amalkan suplemen. Diaorang amalkan Shaklee. Chewable Vita C dan Chewable Vitalea. Chewable Vita C untuk bekalan vitamin C diaorang. Vitalea tu plak multivitamin. Semua ni boleh kunyah-kunyah je. 




Tapi terpulangla pada korang..nak bagi anak-anak suplemen atau tak. Sebab kita je yang kenal anak kita kan, tak gitu ? 


Anda berminat dengan Produk Anak Saya Bijak? 
Bagaimana nak dapatkan produk terbaik ini untuk anak-anak anda? 
 Hubungi saya - 
Puan Farida 
Call/wa/telegram 019.9425608



Copyright to Anak Saya Bijak
Designed by UMIESUEstudio 2015